June 28, 2013

Permudahkan hidup.

Aku selalu percaya, kalau kita buat baik kat orang lain, INSYALLAH seluruh alam akan mempermudahkan perjalanan hidup kita ini.

Contohnya, kalau ada orang nak potong queue aku di jalanraya. Memula tu memanglah aku macam marah lepas tu aku pun fikir, why not aku just bersangka baik pada orang tu and just let it be. Pada aku, Allah akan terus memberi ganjarannya pada aku dengan mempermudahkan perjalanan aku pada hari itu. Serius aku tak tipu.

Bersangka baik kepada orang lain sama lah seperti kita bersangka baik pada Allah. Kita percaya Allah itu sentiasa ada bersama kita, untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan penuh kebaikan. Even dari kepayahan itu, kita pasti akan mendapat kebaikan - gajaran pahala berkat kesabaran kita. Insyallah.

Cuma sekarang ni aku sedang berasa hati teramat sangat dengan seseorang. Aku tak suka perasaan itu sebab tak enak and tak sedap di hati aku. Kerap kali aku istighfar bilamasa aku teringat dan terkesan dengan orang tersebut. Aku sentiasa meminta agar Allah memberi aku sepenuh kekuatan agar aku sentiasa bersangka baik.

Aku cuma mahu dipermudahkan perjalanan hidup aku, dunia dan akhirat.


No comments:

Post a Comment