October 7, 2015

September - DONE!

Dah masuk hari ke 7 bulan Oktober. Lantaklah ..

September dah berlalu pergi dengan tenang dan aman damai. Now, dah masuk Q3. Macam-macam berita muncul dalam timeline siblings & cousins.

Banyak sangat perkara.

Start dengan aku, admitted ke hospital. Jumlah kerugian - almost RM25k. Sila prepare diri anda dengan medical card yang benar-benar bagus sebab you won't know when you gonna need it. Sakit minor je, cost satu malam je dah almost RM2k. Pitam kan?

Dah tahu mahal, kenapa pergi private hospital? Sebab masa aku sihat walafiat, aku pergi hospital kerajaan - aku pitam. HAHAHAHAHA.

Seriusly, aku pitam. Padahal aku pegi dalam keadaan waras dan sihat nak visit makcik aku. Few minutes later, aku dah mula keluar peluh dingin. Nafas dah mula sesak, tekak dah mula kering, bibir dah sejuk.... terus aku duduk. Pastu aku mintak diri nak turun ke bawah.

Yang sebenarnya, aku perasan kalau suasana tu penuh ramai orang, pastu sesak, pastu takde aircond - aku akan mula rasa nak pitam.

Macam kalau aku naik komuter. Kena berdiri, sesak, padat. Memang aku akan rimas. Tapi untuk mengelakkan aku pitam, aku kena dongak ke atas and pastikan muka aku direct dihembus angin aircond. Camtu.

I need aircond in my life.

Tu jelah ceritanya. Malas nak cerita kenapa aku admitted to hospital. Panjang sangat kisahnya .. cuti medical pun panjang, 3 minggu. Heh.

Doakan aku sentiasa sihat yer. Insyallah.