July 12, 2013

Resepi: Crunchy Popiah Nestum Hazelnut

Crunchy Popiah Nestum Hazelnut

Bahan-Bahannya
Kulit Popiah
sedikit tepung gandum yg dibancuh dgn sedikit air
Minyak secukupnya untuk mengoreng

Bahan yg digaul rata (B)
1/2 cawan Susu Tepung Penuh Krim (saya guna Fernleaf)
1/2 cawan Nestum Kasar
*3 sudu besar Serbuk Hazelnut (ada dijual di kedai bahan membuat kek)
4 sudu besar Gula icing (atau ikut manis yg dikehendaki)
secubit garam
* kalau x der serbuk hazelnut bole juga gantikan dengan kacang tanah yg digoreng tanpa minyak dan dikisar halus

Cara-caranya
Kulit popiah digulung mengunakan chopstick dan hujungnya dilekatkan mengunakan bancuhan tepung gandum. Kemudian digunting menyerong. Goreng didalam minyak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan kemudian gaulkan bersama bahan B.

--- resepi kopipes from my wedding planner Kak Anida Azmi. <3

No comments:

Post a Comment